Tuesday, September 16, 2014

As Salam Gengszzzz
Apa buat 2??bosan ari ni sbb dah lama x de kelas..Beginilah kehidupan sem 8...Tapi THESIS entah ke mana..Pada minggu ni UPSI BERKONVO....AKU???
Aku tahun depan bulan 9 In Sha Allah akan mengikuti jejak langkah senior2 jugak...Aku jugak menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran keperingkat MASTER...doakan yerkk!!

Hari ni nak cite tentg kehidupan seorang mahasiswi mcm aku...
Hari2 bgun, bukak laptop, terus ON fb..kalau ada kelas, siap2 kemas bilik, seterika baju dan terus ke kelas.
Sem ni alhamdulillah, aku dibekalkan dengan sebuah kereta milik TUNANGAN...katanya kereta ni diberi pinjam untuk kemudahan aku kat sini nanti..Tp aku tgk, aku duk je dalam bilik x wat apa...Ambik kesempatan layan citer KOREA dulu..bila ada mood datang baru aku start wat thesis balik..kikikik..Ape-ape pun enjoy sgt masa belajar ni sbb kita merasa pegang duit sendiri, bebas bergaul, ada katil sendiri, bilik sendiri dan OFF COURSE LA ONLINE 24 HOURS!!!

Ok, la nant update status len..mcm nak tido kejap..ngantuk..bye22..ANNYONG!!!


Monday, September 15, 2014

As salam PEMINAT!!!

Ada ke peminat..x de pun. Hari ni nak promote sikit.Almaklumlah dah nak kahwin ni, nak cari duit untuk tambah2 sebelum kahwin ni...Ada rezeki ada la...x de x pe, x kisah pun..hehehheh

HANYA SEKITAR TANJUNG MALIM SAHAJA!!!




Friday, September 12, 2014

AKU SEM 8....

Dah nak masuk 4 tahun berada di UPSI..Alhamdulillah diberi nafas untuk hidup dibumi Allah.
Baru selesai berpraktikal pada bulan 2-5 mac 2014..Sekarang masuk semula ke Upsi sebagai pelajar SUPER DUPER SENIOR..hehhehe..mcm2 ragam tgk adik2 yang baru masuk..slh satu situasi adalah seperti ini:

Aku:      Adik sem berapa??
Adik :     Sem 5, awak??
Aku:         Baru sem 2..(sambil senyum)
Adik:         Oh..(tersenyum lebar, bajet senior)
Aku:        Akak dah sem 8 dik, lalu terus masuk kerumah..Aku perhatikan muka budak 2 lain mcm.hahhahahahahahahh ..KELAKAR



GAMBAR SEMASA PRAKTIKAL YANG SEMPAT DIAMBIL...ENJOY!!!



AS SALAM....
I'M BACK...nothing to say but really2 happy to log in my blog...Actually i forgot my pasword lorhhh..
Ok , lepas ni semua nak update kat blog, nak jadi aktif balik..nantikan ye..GAMBAR X DE KAITAN PUN..HEHHE

YAHOOOOOOOOO..DA BE DA BEDUUUUUUU



Monday, November 25, 2013

Kami menyediakan khidmat TASKA bagi ibu bapa yang memerlukan. Taska kami dikenali sebagai TASKA PERMATA INDAH yang beroperasi di Taman Bernam Tanjung Malim, Perak. Taska kami menyediakan pelbagai kemudahan-kemudahan yang ditawarkan lebih daripada apa yang anda jangkakan.
Antara kelebihan-kelebihan TASKA PERMATA INDAH yang ada ialah :
 a) MINI PERPUSTAKAAN- untuk perkembangan minda kanak-kanak
 b) PERMAINAN PASIR DAN AIR- memberikan pengalaman belajar sambil bermain yang menarik minat kanak-kanak
 c) Turut juga menyediakan uniform taska, van dan juga YURAN YANG BERPATUTAN..

AYUH, APA TUNGGU LAGI..TEMPAT ADALAH TERHAD!!!

Saturday, January 5, 2013


CINTA!!!

"love is like the measles, we all have to go through it"
                   ( Jerome K.Jerome 1859-1927)
       Cinta adalah sejenis perasaan yang akan dirasai semua manusia tidak kira peringkat umur, jantina mahupun bangsa..Cinta sesama makhluk, cinta kepada ibu-bapa, cinta kepada sahabat, cinta kepada wang, cinta kepada harta benda dan pelbagai lag jenis bentuk cinta.
   Apabila memperkatakan tentang cinta, pastinya semua akan merasai perasaan ini secara sedar mahupun tidak. Termasuk juga aku..aku mengenal erti cinta pada usia yang muda..banyak pengalaman, kenangan dan apa jua perkara yang berlaku dalam masa bercinta.. Indahnya bercinta smpai leka erti masa..Tergelak sendiri rasanya mengenangkan kembali bagaimana cinta aku mula berputik...Cinta monyet..HAHHAHAHHA (GELAK BESAR)...
     TIADA KEBAIKAN!!! itu yang ingin aku perkatakan pada percintaan zaman persekolahan..Andai dapat aku senaraikan keburukan dan kebaikan bercinta dialam persekolahan pastinya lebih banyak "keburukan" daripada kebaikan..sememangnya begitu..bagi individu yang merasainya pasti akan bersetuju dengan apa yang aku perkatakan..Namun itu adalah hak peribadi untuk menyatakan pendapat mahupun pandangan.. Dahulukan niat, dan hasrat ibu bapa yang inginkan kejayaan anak mereka setaraf dengan org-org berjaya pada usia muda..tidakkah kita sedar akan keburukan seperti :
    a) pembaziran masa
    b) pembaziran wang saku
    c) pergaduhan/perbalahan timbul antara sahabat
    d) memalukan diri sendiri
sangat banyak keburukannya... Ya Allah, andai aku diberi peluang untuk berceramah atau memberikan nasihat, pasti akan aku tegaskan bahawa : "BERCINTA DI AWAL PERSEKOLAHAN PERLU DIELAKKAN!!!" ingatlah wahai adik-adikku sekalian, tanamkan cita-citamu hingga menuju ke menara gading...seandainya kalian menghabiskan masa muda dengan bercinta, bercinta dan bercinta, fikirlah sampai bila?? Cinta kalian itu juga tidak mampu untuk memberikan kalian kebahagian seperti angan-angan yang kalian ciptakan... Sangatlah rugi...
      Jangan ditakuti bahawa jodoh kalian tiada, tetapi bersabar dan yakin pada ketentuan Illahi...
Kini aku berusia 24 tahun...sememangnya CINTA itu telah sebati dengan diriku..Yang dimaksudkan disini ialah perasaan cinta yang harus diberikan kepada "bakal suami"...ermmm..sangat runsing untuk memikirkannya, namun ini hakikat kehidupan masa kini, andai umur meningkat, angka menjadi perhitungan dan soalan seperti peluru berapi dilontarkan kepada diriku..soalan lazim yang 1 seringkali muncul dibibir-bibir dan bait-bait kata manusia iaitu 
"BILA NAK KAHWIN"..akan diceritakan pada entri seterusnya..NANTIKAN
.






Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013...YEEHAH!!!

Semalam adalah tahun lepas, dan hari ini adalah tahun baru dan tahun berikutnya adalah tahun hadapan..Alangkah bersyukurnya kita, masih mampu membuka mata, melihat sekeliling dan melahirkan rasa keterujaan alangkah indahnya dunia ciptaan Tuhan...Kicauan burung berirama, sang belang berlainan jantina, pokok menghijau menyejukkan mata...Wah, sungguh indah panorama dunia..Alam semesta bersilih ganti masa, hari berputar ibarat roda. Indah, sangat indah.......................... 
         Lenakah tidur anda semalam?atau masih bermimpi hal-hal, kejadian-kejadian semalam..lupakan perkara silam, maju kehadapan mencuba sesuatu yang baru.Terkenangkan perkara-perkara dahulu kala disaat bangkitnya manusia mengejar kejayaan..Dalam kebangkitan penuh kedustaan, penipuan, penghinaan dan perbalahan. Semua berlakon dalam pelbagai watak dengan jayanya...Hei, kawan!!! jgn kita lupa "HUKUM KARMA SENTIASA ADA". apa yang kita sedang fikirkan itulah yang akan kita lakukan..Andai minda berkata dusta, perlakuan turut memaparkan jalan cerita..Leka kita dengan permainan mereka yang berdusta...Bercakap sini sana, dendam tidak berkesudahan..istilah "PAKU DULANG PAKU SEPI MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH", ungkapan yang tidak pernah lari dalam bibit-bibit percakapan manusia..Melihat org begini, kita berpadah begitu, andai dia begitu kita melihanya begitu.Manusia, hey!!apa kau mahu??tidak pernah puas dengan permainan minda negetif yang tidak pernah luput dimamah usia..
Rakan-rakan pelbagai :  a) sahabat merangkap teman
                                         b) sahabat sebagai sandaran
                                         c) sahabat sekadar hiasan
                                        d) sahabt memakan rakan
dimanakah kedudukan kita??seringkali kita inginkan sesuatu bersifat positif..tanya diri kita.bagaimanakah kita pada hubungan manusia?adakah kita mampu memberi dan saling merasa atau sekadar "melepaskan batuk ditangga"...ermmm..masih ditakuk lama, pemikiran negetif x bertunjang, menzahirkan sikap, peribadi sebenar...tidak mampu berkata apa, cuma berlinang air mata..Seandainya diri ini tidak mampu bersuara,bertindak sedemikian rupa, bingkas bangun mencari perubahan, permulaan terhadap satu hubungan..Mari kita mulakan hari-hari kita dengan penetapan niat yang satu.. "SAHABAT SELAMANYA"